Bengkel Live Online · 31 Julai hingga 2 Ogos 2026

Bukan Sekadar Tanya AI.
Ajar AI Buat Kerja Sampai Siap.

Ajar AI bantu buat content, cari idea, semak maklumat dan susun kerja, supaya anda tak perlu buat semuanya seorang diri setiap hari.

AI memang boleh bagi jawapan. Tapi itu belum cukup.

Kalau setiap kali nak mula anda kena explain balik, AI belum ringankan kerja.

Nak buat content, cari idea atau semak sesuatu, anda masih kena cerita balik pasal bisnes, pelanggan dan gaya hasil yang anda nak. Akhirnya, AI cuma jadi tempat anda tanya. Bukan pembantu yang faham kerja anda.

Tanda anda masih guna AI macam chat

  • Setiap kali nak mula, kena cerita balik pasal bisnes anda.
  • Jawapan hari ini okay, esok jadi lain pula.
  • Kerja sama datang balik, tapi anda tetap mula dari kosong.
  • Anda masih banyak copy, paste dan betulkan sendiri.

Cara kerja baru

Jangan sekadar chat dengan AI.
Bagi AI kerja.

AI tak akan ganti semua keputusan anda. Tapi bila anda dah ajar AI info penting dan cara anda biasa buat kerja, ia boleh bantu sediakan kerja yang sama tanpa perlu briefing dari awal setiap kali.

Cara biasa

Tanya, dapat jawapan, sambung sendiri.

  • Tulis soalan atau prompt baru setiap kali
  • Copy jawapan dan betulkan sendiri
  • Ulang cerita pasal bisnes anda
  • Hasil ikut apa yang anda sempat tulis hari itu

Cara yang anda akan belajar

Ajar sekali, guna bila perlu.

  • Anda ajar AI pasal bisnes, pelanggan dan gaya hasil yang anda nak
  • Anda susun kerja yang selalu ulang
  • Bila kerja sama datang, tak perlu mula dari kosong lagi
  • Anda fokus semak hasil dan buat keputusan

Apa yang anda akan buat

Bukan belajar prompt semata-mata.
Mula bagi AI kerja sebenar.

Dalam kelas ini, anda ambil satu kerja yang memang selalu anda buat. Kemudian kita tengok apa yang AI perlu tahu supaya ia boleh bantu dengan lebih konsisten.

Mulakan dengan kerja sebenar

Pilih satu kerja yang selalu makan masa.

Contohnya buat content, cari idea, semak maklumat atau susun bahan untuk kerja harian. Anda akan nampak apa yang AI perlu tahu sebelum ia boleh bantu dengan betul.

  • Kerja apa yang selalu berulang
  • Info apa yang AI perlu tahu
  • Macam mana hasil yang anda nak nampak
  • Bila anda anggap kerja itu dah siap

ChatGPT Work

Jangan bergantung pada prompt rawak lagi.

Belajar guna ChatGPT untuk bantu kerja yang sama dengan lebih teratur, bukan tanya soalan baru setiap kali.

Hermes Agentic AI

Bina AI pembantu yang lebih faham cara anda kerja.

Kenal fungsi memory, skills dan tools dalam bahasa mudah, kemudian faham macam mana semua ini bantu AI simpan info penting dan ikut cara kerja yang anda tetapkan.

Jadual live

Apa yang kita buat dalam
3 sesi live?

Semua kelas dibuat live melalui Zoom. Fokusnya ialah tengok macam mana AI boleh digunakan pada kerja sebenar, bukan sekadar dengar teori.

31 JUL

9.30 malam hingga 11.30 malam

ChatGPT Work

Belajar susun ChatGPT supaya lebih berguna untuk kerja harian.
  • Pilih kerja yang sesuai untuk AI bantu
  • Masukkan info penting supaya AI tak blur
  • Tetapkan hasil yang anda nak
  • Kurangkan ulang benda sama setiap kali
1–2 OGO

9.30 malam hingga 11.30 malam

Hermes Agentic AI

Lepas asas jelas, masuk pula cara bina AI pembantu yang boleh ikut cara anda kerja.
  • Faham apa yang bezakan AI agent dengan chatbot biasa
  • Kenal fungsi memory, skills dan tools
  • Tengok macam mana semua ini boleh bantu urus satu kerja
  • Susun langkah pertama untuk bina AI pembantu sendiri

Pilih ikut tahap anda

Kelas mana sesuai
untuk anda?

Tak perlu terus lompat ke benda teknikal. Pilih ikut tahap anda sekarang.

  1. 01
    Dah guna ChatGPT, tapi masih banyak kerja kena buat sendiri

    Mulakan dengan ChatGPT Work.

  2. 02
    Nak bina AI yang boleh ingat info penting dan ikut cara anda kerja

    Pilih Hermes Agentic AI.

  3. 03
    Nak faham dari asas sampai ke AI agent

    Ambil Pakej Kombo.

Izzat Azizi sedang mengendalikan sesi latihan praktikal
Sesi latihan praktikal yang dikendalikan Izzat Azizi.

Trainer anda

Belajar dengan orang yang memang buat kerja digital setiap hari.

Sejak 2021 lagi, Izzat Azizi dah biasa buat training digital marketing dan AI.

Dalam masa yang sama, dia terlibat dalam kerja website, SEO, Google Ads, Facebook Ads, eCommerce dan sales funnel. Dalam bengkel ini, fokusnya bukan sekadar tunjuk tool. Anda akan belajar macam mana nak guna AI supaya kerja yang berulang jadi lebih ringan dan lebih teratur.

Training Digital Marketing & AI Sejak 2021Pengalaman training datang daripada kerja dan kelas sebenar.
Pengalaman Buat Kerja SebenarWebsite, SEO, Google Ads, Facebook Ads, eCommerce dan sales funnel.

Apa peserta sebelum ini cakap

Tak perlu jadi developer untuk mula.

Ini petikan sebenar daripada peserta sebelum ini, daripada zero knowledge, berjaya setup Hermes di PC, hingga mula nampak hasil daripada idea sendiri.

Testimoni peserta terdahulu daripada Catz Gmaster

“Masa join kelas zero knowledge.”

Catz GmasterMasuk kelas daripada zero dan sekarang dah mula explore Hermes.
Testimoni peserta terdahulu daripada Hakim Shaisham
Hakim ShaishamBukan developer, tapi dah mula nampak hasil daripada idea sendiri.
Testimoni peserta terdahulu daripada Azwan
AzwanBerjaya setup Hermes dalam PC ikut tutorial.

Nombor telefon disembunyikan untuk privasi.

Pilih kelas anda

Pilih ikut tahap
anda sekarang.

Harga yang anda nampak ialah harga checkout. Kalau nak ulang tengok kelas, pilih pakej yang ada rakaman dalam borang tempahan di bawah.

ChatGPT Work

Susun cara guna AI dalam kerja harian

Untuk anda yang dah guna ChatGPT, tapi masih pening nak guna AI bagi ringankan kerja dengan lebih teratur.

  • Pilih kerja harian yang AI boleh bantu
  • Masukkan info penting tentang bisnes anda
  • Tetapkan hasil yang anda nak
  • Kurangkan ulang benda sama setiap kali

Ambil ini kalau anda masih guna ChatGPT untuk tanya soalan dan copy jawapan.

RM89
Live class · Live + rakaman RM119
Pilih ChatGPT Work

Hermes Agentic AI

Ready nak bina AI pembantu

Untuk anda yang nak faham macam mana AI boleh simpan info penting dan ikut cara kerja yang anda tetapkan.

  • Kenal fungsi memory, skills dan tools
  • Faham cara semua benda ini bantu AI buat kerja
  • Tahu apa yang perlu disediakan sebelum mula bina

Ambil ini kalau anda nak pergi lebih jauh daripada guna AI macam chat.

RM299
Live class · Live + rakaman RM329
Pilih Hermes

Pakej Kombo

Belajar ikut step

Mula dengan cara guna ChatGPT untuk kerja harian, kemudian masuk ke cara bina AI agent.

  • Mulakan dengan ChatGPT Work
  • Teruskan dengan Hermes Agentic AI
  • Faham asas dulu, baru bina lebih jauh

Ambil ini kalau anda tak nak lompat-lompat dan nak faham dari mula.

RM319
Live classes · Live + semua rakaman RM349
Pilih Pakej Kombo

Soalan sebelum pilih kelas

Soalan sebelum
pilih kelas.

Kalau saya baru guna ChatGPT, kelas mana patut saya ambil?

Mulakan dengan ChatGPT Work. Kita mula dengan kerja harian dulu sebelum masuk ke bahagian AI agent.

AI boleh gantikan semua kerja saya ke?

Tak. AI boleh bantu banyak kerja, tapi anda masih kena bagi info yang betul, semak hasil dan buat keputusan sendiri.

Perlu ambil kedua-dua kelas?

Tak perlu. Ambil ChatGPT Work kalau nak mula dengan asas. Ambil Hermes kalau anda dah nak bina AI pembantu. Ambil Kombo kalau nak faham dari mula sampai seterusnya.

Kalau saya tak sempat hadir?

Pilih pakej dengan rakaman masa checkout supaya anda boleh ulang tengok kelas.

Bila kelas berlangsung?

ChatGPT Work pada 31 Julai 2026. Hermes Agentic AI pada 1 dan 2 Ogos 2026. Semua sesi 9.30 malam hingga 11.30 malam melalui Zoom.

Jangan guna AI untuk tanya sahaja. Bagi AI bantu buat kerja yang selalu ulang.

Pilih Kelas Sekarang
Sila isi borang pendaftaran di bawah untuk pilih kelas dan pilihan rakaman.